Selangkah Ke Alam Falsafah

June 27th, 2009 by saifuddinamran

[Tambahan di bawah]

Esok bersamaan 28 Jun 2009, beliau akan mendaftarkan diri sebagai pelajar ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Sains dan Teknologi, pengkhususan Sejarah dan Falsafah Sains di Universiti Malaya.

Dengan maksud yang lain, blog ini akan melalui hibernasi yang agak lama mungkin.

1. 8 daripada 10 yang bertanya tentang kursus yang dia ambil, akan menjawab ,”Oh tak apalah. Asalkan sambung belajar lagi…”. Apakah ini?

2. Tidak perlu menjadi somebody untuk menjadi ahli falsafah. Cukuplah seorang itu sentiasa berasa ingin tahu dan berasa tidak tahu tentang suatu apa pun.

3. Ahli falsafah mungkin seorang doktor atau cleaner, seorang jurutera atau penjual pisang goreng sahaja. Falsafah adalah alat yang perlu dimiliki oleh setiap insan di dunia.

4. Orang yang merasakan dirinya mengetahui segalanya atau sesuatu dengan sebenar-benarnya, adalah bukan ahli falsafah.

Sekian.

Kajian Sosial - Peratusan Penjenayah Berpendidikan Agama

June 26th, 2009 by saifuddinamran

Daripada 45 785 banduan yang menghuni di penjara-penjara seluruh Malaysia, 96.7 % tidak pernah mendapat pendidikan agama, 3.1 % pernah mendapat pendidikan agama di sekolah rendah dan selebihnya pernah mendapat pendidikan agama sehingga tahap menengah.

Kesimpulan, jenayah itu terjadi kerana kurangnya didikan agama.

Perhatian: Statistik ini cuma tipu semata-mata. Tapi saya percaya maknanya adalah benar. Saya mencabar pakar-pakar antropologi membuat kajian tentang perkara ini.

Kritik Suara Siswa, 17 Jun 2009 RTM1

June 18th, 2009 by saifuddinamran

Saya tidak puas hati kerana siaran kali ini pihak penganjur iaitu RTM1 tidak memberi ruang soal jawab atau pendapat bagi penonton di rumah seperti siaran yang lepas. Saya nak mengkritik ketiga-tiga panelis beserta moderatornya sekali tapi hasrat tak kesampaian. Justeru, saya gunakan platfom blog ini untuk menyampaikan ketidakpuasan hati saya. Haha.

Isu kali ini menyentuh tentang Mat Rempit. Adakah patut cara penyelesaiannya membina litar-litar lumba untuk Mat Rempit? Otak apakah yang anda guna wahai MPP? Cadangan kalian serupa dengan cadangan bodoh seorang menteri yang memberi penagih dadah jarum dan kondom percuma.

Adakah patut punca masalahnya adalah ibu bapa dan rakan sebaya? Apa anda ingat ini karangan SPM? Come on lah.

Permasalahan ini sebenarnya berakar dari sistem pendidikan yang sekular. Susah sangat ke nak sebut?

“Nak marah-marah buat apa? Dah siaran kali ini rakaman punya, memanglah tak boleh nak telefon. Sengal la enta ni.”

Kepincangan Sistem Pendidikan

June 1st, 2009 by saifuddinamran

(Diambil dari sebuah blog popular)

Belajar agama/menjadi pendakwah hanya untuk orang bodoh? Mengejutkan apabila mengetahui hakikat bahawa seorang jurutera mengungkapkan kata-kata ini. Siapakah yang bodoh sebenarnya?

Manikam Kalbu Menikam Kalbu

May 13th, 2009 by saifuddinamran

Berikut saya catatkan beberapa dapatan yang beliau fikirkan setelah mentelaah karya Faisal Tehrani berjudul Manikam Kalbu:

1) Sahaya itu bererti hamba. Istilah sahaya itu pada zaman moden ini menjadi saya dengan dibuang ‘ha’, seperti perkataan sahaja menjadi saja atau dahulu menjadi dulu.

Saya digunakan untuk kata ganti diri pertama dan ia membawa maksud hamba (yang juga digunakan untuk kata ganti diri pertama). Kita semua sememangnya bergelar hamba kepada Yang Esa.

Bahasa Melayu itu pekat dengan agama dan adat. Banganglah siapa yang berkata ‘Muslim adalah Muslim, Melayu adalah Melayu’.

2) Perji itu membawa maksud faraj. Perkataan perji timbul mungkin kerana orang Melayu (yang awam) dahulu tersilap baca perkataan dalam tulisan Jawi, fa ro jim sebagai ferji, bukan faraj. Lidah orang Melayu menyebut huruf fa sebagai pa, maka ferji itu menjadi perji.

Ini membuktikan orang Melayu dahulu rajin membaca walaupun tersilap baca.

Sekian setakat ini.

Hutang Emas Boleh Dibayar

May 11th, 2009 by saifuddinamran

Anda menerima sepucuk surat yang meminta anda membayar ganti rugi sebanyak RM 167,761.62 dalam tempoh 60 hari. Apa yang anda akan lakukan?

A. Merompak bank
B. Membuat pinjaman dengan ceti haram/ah long
C. Menyertai Who Wants To Be A Millionaire.
D. Meniaga pisang goreng

Mari menyertai pertandingan ini:
Scientific Competition “Why is the Theory of Evolution is Invalid?”

Aku: Bukan ke engkau Darwinis?

Engkau: Argh, peduli apa. Aku terdesak wang.

Aku: Lihat tuan-puan, seorang Darwinis menggadai prinsip hanya kerana wang. Hahaha

Rukun Iman Dalam Sains Barat

May 4th, 2009 by saifuddinamran

The following assumptions of modern western science need to be replaced since these are contrary to the most recent findings in science as well as the religious beliefs and cultural traditions of the great majority of humanity:

1. Western science has evolved the only valid scientific assumptions and method, therefore being the only possible science.

2. (a) There is only one reality: the physical universe, composed as it is of matter and energy

(b) Reality is everything that is physical, measurable, or deducible from scientific observations and everything else must be considered unreal.

3. The material universe is accidentally assembled from the smallest physical units into larger structures and interactive patterns through the workings of discoverable natural laws.

4. (a) The material world exists independently of mind

(b) Mind or consciousness evolved within the pyhsical world, which existed before its appearance and continues to exist independent of consciousness.

5. (a) The universe is non-living, without purpose or intelligence, describable as configurations of matter and energy.

(b) The universe has no intrinsic meaning or purpose.

6. All research purpoting to show pyschic phenomnea as real is unscientific.

7. We are insignificant as a planet and as a species.

8. (a) Evolution has no purpose, happening through random mutation and natural selection.

(b) There is no intelligent design in evolution

9. Life can come from non-life

10. Scientific explanations are always more valid than religious and spiritualistic explanations.

Assumptions to replace the above:

1R: Non-westrern cultures, ancient or surviving, have devised valid sciences.

2R: (a) There are many levels of reality of which the physical world is only one of them.

(b) Non-physical reality (spiritual and subtle/psychic) is also within the reach of human experience.

3R: The material world may be variously described as having come into existence through a cosmic consciousness, divine creation or manifestation.

4R: (a) Concsiousness is a fundamental aspect of reality.

(b) Consciousness gives rise to matter, rather than the other way around

5R: The universe is a living reality possesing intelligence and is purposive.

6R: Psychic phenomena are an integral part of cosmic reality \, and any research seeking to show their reality may therefore be scientific.

7R: (a) Human species is the most significant of all living human things in the universe.

(b) Human being is a microcosm, essentially containing all the worlds external to himself/herself.

(c) The planet earth is especially meaningful for the human species.

8R: (a) The universe is a living system.

(b) Evolution is purposive.

9R: The source of life is transcedent to the material world.

10R: Scientific explanations are complementary to and corroborative of religious and spiritual explanations.

Foundational Assumptions of Modern Western Science
Osman Bakar, PhD
Profesor Emeritus Falsafah Sains
Universiti Malaya

Tag - 5 Perkara Paling Dibenci

May 1st, 2009 by saifuddinamran

Tag ini saja-saja direka sendiri.

1. Perubatan

2. Medic

3. MD

4. MBBS

5. Ampang Medikal

Biblioholism 02 - Buku-buku Yang Sukar Hendak Laku

April 26th, 2009 by saifuddinamran

1. Tajuk yang sangat ‘terbuka’ - Lazimnya buku ini mengandungi tips-tips kebahagiaan rumah tangga, khususnya menceritakan teknik hubungan di kamar. Buku jenis ini berpotensi mempunyai pasaran yang luas kerana setiap individu pun memerlukan ‘ilmu’ tersebut. Namun, kesilapan pihak penerbit dalam memilih tajuk buku boleh mengundang kerugian. Meletak tajuk seperti Tips Gelora Jimak adalah puncak kebodohan. Biarpun menerapkan unsur islamik dengan meletak tajuk Hubungan Seks Menurut Cara Islam, hal ini sedikit pun tidak menambah nilai kesopanan dalam sesebuah tajuk.

Cadangan tajuk - Etika Kebahagiaan Rumah Tangga

2. Tajuk yang kurang sensitif - Dalam menerbitkan sebuah buku, pihak penerbit hendaklah mengambil kira sensitiviti pembaca. Sekalipun ikhlas untuk membantu, tajuk seperti Cara-cara Bertaubat Bagi Pelaku Zina’ atau Panduan Untuk Orang Yang Gagal adalah sangat tidak wajar. Tajuk buku seperti ini seolah-olah seperti membuka aib dan memalukan pembaca secara tidak langsung tatkala membayar harga buku di kaunter pembayaran. Ataupun tajuk seperti Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Hendak Bertanya juga adalah tidak wajar. Kalau sudah malu hendak bertanya, apatah lagi hendak membeli.

Cadangan tajuk - Panduan Cemerlang Dalam Hidup, Soal Jawab Tentang Solat

3. Tajuk yang tidak mewakili kandungan buku - Pihak penerbit juga seringkali melakukan kesilapan dengan memilih tajuk yang jauh dari mewakili isi kandungan sesebuah buku. Meletak tajuk seperti Panduan Berzikir Bagi Mereka Yang Sibuk dengan ketebalan buku yang mencecah 400 mukasurat adalah sangat tidak sesuai. Kalau sudah sibuk, mana ada masa hendak baca buku setebal 400 mukasurat.

4. Tajuk atau kulit buku yang keperempuanan (feminin) - Sekiranya sasaran buku sememangnya khas untuk wanita, seperti majalah dara.com atau Anis, tidak menjadi masalah. Akan tetapi, apabila buku itu sasarannya pembacanya adalah lelaki dan perempuan, adalah kurang relevan meletak tajuk Soal Hati atau Tentang Cinta, ditambah pula dengan hiasan-hiasan bunga atau hati pada kulit buku. Hal ini berpotensi mengurangkan daya tarik terhadap pembaca lelaki untuk membeli buku berkenaan. Bagi lelaki, adalah tidak ‘cool’ dilihat membeli atau membaca buku yang ada bunga-bunga.

Puisi - Macam Babi

April 20th, 2009 by saifuddinamran

AMARAN OLEH FILSUF AGUNG: TIDAK SESUAI DIBACA OLEH MEREKA YANG BERKERANGKA PEMIKIRAN ISLAMIK, KHUSUSNYA WANITA.

Macam Babi

Acap kali
Sampai ke telinga
Makanan
Kosmetik
Ubat-ubatan
Ada babi

Barangkali
Kerana itu
Manusia cukup mudah
Menghulur batang
Menyerah lubang

Manusia sudah jadi babi
Macam babi!